Melihat kepada pelbagai jenis pengubahsuaian kenderaan pada masa kini, trend menggunakan tayar ‘Hellaflush’ semakin mendapat sambutan di kalangan segelintir pengguna di Malaysia.
Namun, menurut Polis Diraja Malaysia, penggunaan tayar jenis itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Perkara tersebut dikongsikan melalui laman Facebook mereka yang turut menyebut pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap.
UBAH SUAI KENDERAAN MENGGUNAKAN TAYAR “HELLAFLUSH” BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM2,000
Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia. Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Sumber: Polis Diraja Malaysia