“Ishhh, Stress nya tengok jerawat penuh tumbuh bawah mask! Apa nak buat ni? Pakai mask untuk lindung diri dari penyakit, tapi jerawat berkerumun pulak kat situ. Sedihnya! I nak keluar, tapi lagi sanggup duduk rumah dari keluar kena pakai mask sebabkan nak elak jerawat”.
Pakai mask kena ‘maskne’
Antara masalah yang paling ramai dihadapi sekarang lepas mask adalah dapat maskne. Allahu, nampak je kecil masalah ni tapi sebenarnya boleh menggangu fizikal, emosi dan sosial seseorang.
SK nak kongsi masalah yang dihadapi wanita ini sehingga nyaris diceraikan hanya disebabkan fizikal mukanya berubah dek kerana maskne. Sebelum tu mungkin ramai tak tahu apa sebenarnya maksne ni?
Apa itu ‘maskne’?
Maskne sendiri bermaksud singkatan dari mask acne. Seperti namanya, jerawat ini timbul dari penggunaan topeng yang terlalu lama. Apa yang berlaku adalah kulit mengalami geseran berulang untuk menimbulkan micro-tears ataupun luka kecil.
Hasilnya, bakteria dan kotoran lebih mudah masuk dan menyumbat liang. Ditambah dengan tahap kelembapan yang tinggi di kawasan wajah yang ditutupi oleh topeng. Inilah yang mencetuskan pengeluaran minyak yang berlebihan. Berikut adalah luahan seorang wanita yang mengalami masalah kulit.



