
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memuat naik satu kenyataan di laman Twitter mengenai dua lagi pesakit COVID-19 yang berjaya pulih.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai, tweet tersebut adalah kemaskini terakhir beliau sebagai Menteri Kesihatan.
”Alhamdulillah! Dua lagi kes COVID-19 pulih sepenuhnya dan discaj hari ini. TIADA kes +ve baru.
”Kes-14 dan kes-19 sblm ini dirawat di HKL. Jumlah yang telah pulih sepenuhnya dan discaj hingga hari ini 20 orang. Dua masih dirawat di wad dan stabil.
Tweet saya terakhir sebagai YB Menteri Kesihatan. Terima Kasih!’,” katanya.
Sumber: Dr Dzul