Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media selepas lawatannya ke kawasan bencana di Yan hari ini berkata, senarai menteri kabinet masih belum ada setakat ini.
“Selepas senarai saya siap, saya akan menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong untuk menyemak,” kata beliau.
Ismail Sabri turut menggesa agar orang ramai tidak mempercayai nama-nama menteri kabinet yang beredar, malah setiap hari ada saja ‘senarai baru’.
“Semuanya tak betul, fake,” jelas beliau.
Tambah Perdana Menteri, beliau akan mempertimbangkan secara keseluruhan dan mengambilkira kepentingan semua pihak sebelum senarai menteri kabinet diputuskan.
Sumber: Astro Awani