Hari ini menyaksikan sekolah kembali dibuka semula setelah hampir tiga bulan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat wabak Covid-19.
Sesi persekolahan membabitkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam dilaporkan berjalan dengan lancar dengan rata-rata pelajar teruja dan cuba menyesuaikan norma baharu alam persekolahan mengikut SOP yang ditetapkan.
Namun, bagi seorang pelajar, hari pertama di sekolah pada hari ini mungkin menjadi kenangan sedih yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Menerusi perkongsian di Twitter @naddyreyh, dia telah kehilangan ayahnya awal pagi tadi selepas kelas pembelajaran bermula 10 minit.
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa takziah dan sebilangannya turut berkongsikan pengalaman sama berdepan kehilangan bapa dalam keaadan seperti itu.




Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman dan diberikan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Amin.
Sumber: @naddyreyh