
QUITO – Sekumpulan individu dilaporkan mengeluarkan mayat rakan mereka untuk membawanya menunggang motosikal buat kali terakhir. Tindakan tersebut dijadikan sebagai simbol ‘perpisahan terakhir’ aneh yang dilakukan di negara itu.
Menurut Daily Mail, mayat Erick Cedeno dikeluarkan dari keranda oleh sekumpulan rakannya semasa majlis pengebumian berlangsung di Portoviejo, wilayah Manabi.
Cedeno yang berusia 21 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada minggu lalu kerana ditembak oleh dua orang penyerang semasa dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis pengebumian.
Mayat Cedeno dikeluarkan dari keranda dan kemudian diletakkan dibelakang badan penunggang motosikal manakala seorang lagi rakannya membonceng bagi memastikan mayatnya tidak terjatuh semasa motosikal bergerak.

Rakan-rakan Cedeno mendakwa bahawa mereka sudah mendapat kebenaran daripada ibu bapa Cedeno bagi melakukan penghormatan terakhir. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyelar perbuatan itu sebagai aktiviti yang ‘menyimpang’.
Siasatan berhubung kejadian itu masih belum dilakukan kerana upcara pengebumian Cedeni dianggap sebagai majlis persendirian.
Sumber: Utusan Malaysia