Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menjalani beberapa pemeriksaan yang akan selesai dalam beberapa hari lagi.
Menerusi kenyataan media IJN yang dikongsikan di laman Twitter, Dr Mahathir akan berada di IJN sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut dan susulan itu pelawat tidak dibenarkan untuk melawat.
“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat Yang Amat Berbahagia Tun,” kata IJN menerusi kenyataan itu.
Semalam, Tun Dr Mahathir dilaporkan telah dimasukkan ke IJN pada jam 7 petang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber: Dr Mahathir Mohamad