Tun M Dimasukkan Ke IJN
Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Menurut Astro Awani, perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri, Sufi Yusoff,
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Tambahnya lagi, susulan kejadian itu Dr Mahathir segera dibawa ke IJN dengan menaiki ambulans dari kediamannya.
Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan bahawa kenyataan mengenai keadaan kesihatan beliau akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Berita lanjut bakal menyusul
Sumber: Astro Awani