Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pengkhianat sebenar dalam pergolakan politik tanah air ketika ini adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkannya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
”Azmin Ali mempunyai agenda tersendiri, tetapi pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin yang memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin Yassin dijadualkan akan mengangkat sumpah sebagai perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi ini walaupaun Pakatan Harapan (PH) mendakwa mereka mempunyai sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen.
Sumber: Bernama