Gambar: Noor Hisham Abdullah

Tun Dr. Mahathir Telah Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Aqmal Ezany

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilaporkan telah menerima suntikan vaksin.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di akaun Facebook rasminya.

Menurutnya, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menerima suntikan vaksin COVID-19 itu di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Kompleks Sukan Lada di Langkawi pada hari ini.

Beliau juga turut sempat mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 itu.

“Semoga Tun Dr. Mahathir diberikan pelindungan dan kesihatan yang baik dari jangkitan Covid-19. InshaAllah.”

Selain daripada itu juga, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai agar berdaftar secara dalam talian di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Sila berdaftar dalam talian di Mysejahtera untuk mendapatkan temujanji suntikan Covid-19 dengan secepat mungkin.”

Sumber: Noor Hisham Abdullah