coretan Tun Mahathir
Gambar: Dr. Mahathir bin Mohamad/FB
Tiada Kategori

Tun Dr Mahathir Kongsi Suara Hati, Coretan Curi Tumpuan Ramai

Hannah

Tun Dr Mahathir Kongsi Suara Hati, Coretan Curi Tumpuan Ramai

Dalam usia yang sudah menjangkau 100 tahun, kebanyakan orang mungkin memilih untuk berehat, menikmati hari tua bersama keluarga.

Namun, tidak bagi seorang negarawan ulung seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam satu coretan yang mencuri perhatian ramai, bekas Perdana Menteri Malaysia itu menjawab satu persoalan yang mungkin sering diajukan kepadanya.

“Saya ditanya kenapa saya terlalu ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini, Malaysia?”

Menurut Tun, soalan tersebut mungkin sebenarnya bermaksud mengapa beliau tidak memilih untuk bersara sahaja.

“Maksud mereka, kenapa saya tak bersara sahaja. Saya ni dah tua. Biar orang muda ambil alih. Jawapan saya, kenapa pula saya tak patut ambil peduli?

“Saya orang Malaysia. Saya orang Melayu. Ini negara saya. Saya lahir di sini. Saya membesar di sini. Dan saya banyak dapat manfaat daripada negara ni,” jelas Tun.

Bagi Tun, rasa tanggungjawab terhadap tanah air datang daripada kesedaran bahawa Malaysia telah banyak memberikan nikmat dan peluang dalam kehidupannya.

“Tentulah saya ini tak bersyukur kalau saya tak ambil kisah langsung pasal negara yang dah bagi saya kehidupan yang selamat dan terjamin.

“Negara ini hebat. Iklimnya amat baik. Tanahnya subur. Kaya dengan bermacam hasil galian.

“Bagi saya, ianya menawar pelbagai. Dan banyak sudahpun tertunai. Ia boleh beri lebih lagi. Kalau kita tahu macam mana nak buat,” jelas Tun.

“Ini negara saya”

Tambah Tun lagi, Malaysia adalah satu-satunya rumah buat dirinya.

“Saya tak ada tempat lain nak pergi. Sebab tu saya sayang negara ni. Dan saya akan sayang sampai hujung nyawa,” kata Tun.

Dalam pada itu, Tun turut mengingatkan bahawa ada insan-insan di luar sana yang langsung tidak punya tanah untuk dipanggil ‘negara’.

Maka, betapa bertuahnya kita yang dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah negara bernama Malaysia.

“Itu sebab saya tunjuk perasaan ambil berat, secara aktif, terhadap kesejahteraan Malaysia, negara saya.

“Saya tak lupa, bahawa di dunia ini ada orang lain yang tidak ada negara, tak ada tanah yang mereka boleh panggil tanah mereka sendiri,” kata Tun.

BACA: Tun Mahathir: Biodata, Pendidikan, Politik, Sumbangan

BACA: Tun M Keletihan Selepas 30 Minit Berbasikal

BACA: Tun Dr Mahathir Berehat Di IJN Kerana Keletihan

Sumber: Dr. Mahathir bin Mohamad