Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Insitut Jantung Negara.
Difahamkan, perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap bekas Perdana Menteri itu.
Perkara ini disahkan bagi mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung Ahli Parlimen Langkawi itu.
Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Tun Mahathir di institut berkenaan.
Sumber: Sinar Harian