Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia By Hannah 14 April 2025 11:42am Berita Gambar: BERNAMA Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal DuniaPerdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam ini.Perkara itu disahkan menantunya Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram hari ini.“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.Allahyarham berusia 85 tahun.Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.BACA: Empangan Bakun Lakukan Pelepasan Air Terkawal Mulai JumaatBACA: Chery Malaysia Serahkan 50 Kenderaan Kepada Mangsa Kebakaran Putra HeightsBACA: Lawatan Negara Presiden China: Akses Ke KLIA Terminal 2 Ditutup Sementara Pada 15 Dan 17 AprilSumber: BERNAMA