
Baru-baru ini, tular satu video yang berdurasi 56 saat mengenai seorang wanita bertelekung sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang dimuat naik oleh Man Ana di Facebooknya.
Man Ana berkata dalam ‘caption’ videonya, “Spesis yang jarang-jarang ditemui. Limited edition.
“Jika ketemui, segeralah nikahi dia, Usah buat percaturan lagi,” katanya lagi.
Video ini mendapat lebih 4.9 ribu tanda ‘suka’ dan 615 perkongsian daripada warga Facebook.
Ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh wanita itu sungguh menggamit telinga.
Rata-rata netizen memberikan komen berbaur positf dan berharap. Ada juga yang sampai mengenangkan kisah rumah tangga masing-masing.
“Ada pulak youtube tergantung. Rajin rekod & upload, demi view, creator kena bijak create content,” komen daripada Md Eri.
“Sejuk rumah kalau isteri bersifat macam ni,” komen Tazri Mohd.
Itu beberapa komen yang diterima oleh Man Ana dalam videonya.
Dalam video tersebut, beliau turut menyelitkan harapan agar isterinya dapat mencontohi daripada wanita itu.
Bagaimanapun sumber asal video tular ini tidak dikenal pasti. Namun berdasarkan dialek yang digunakan, ia dipercayai dirakam di Indonesia.
Sumber: Facebook Man Ana