Kejadian jenayah dan kezaliman terhadap haiwan di negara kita masih lagi belum reda hingga hari ini.
Hampir setiap hari, pasti ada sahaja kes yang berlaku kemudian tular di media sosial hingga mengundang kemarahan warganet.
Terbaharu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memuat naik satu video yang memaparkan seorang individu mencabut bulu-bulu burung tanpa belas kasihan, dipercayai kerana ia tidak mengeluarkan bunyi.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia