
Tular Video Lelaki OKU Masak, Buat Kerja Rumah Demi Anak, Bini Buat Ramai Tersentuh
Video seorang lelaki kurang upaya tanpa tangan yang menjaga isteri dan anaknya yang baru lahir menggunakan kaki menyentuh hati ramai pengguna media sosial, lapor SCMP.
People’s Daily melaporkan bahawa penduduk yang tidak dikenali di wilayah Hubei, tengah China telah menyentuh hati ramai dengan videonya yang tular.
Dalam video tersebut, bapa berkenaan dilihat mencium bayinya yang sedang tidur dan kemudian pergi ke dapur dan memasak makanan untuk isterinya.
Dia juga dilihat pergi ke sinki dapur seterusnya membuka paip dan membersihkan kakinya di dalam air yang sedang mengalir.
Lelaki itu juga dilihat membersihkan dan menyediakan ikan untuk makan malam menggunakan pisau yang dicengkam di antara jari kaki sebelum menggorengnya.
Ikan itu digoreng di atas dapur gas, menggunakan jari kakinya untuk meletakkan kuali di atas dapur.

Apabila hidangan sudah siap, dia memasukkannya ke dalam bakul kecil yang dibawa ke dalam mulut ke bilik tidur pasangan itu. Disitu juga dia menyediakan meja untuk makan malam bersama isterinya.

Namun begitu, laporan video itu tidak mendedahkan punca kecacatan lelaki kurang upaya tersebut.
Kisah itu telah memberi inspirasi kepada pengguna media sosial China yang terharu dengan kelembutan lelaki itu.
Ramai pengguna juga kagum dengan cara layanan dan dia menguruskan dirinya yang serba kekurangan.
BACA: Bahang Panas April, Beberapa Negara Asia Tenggara Rekod Suhu Tertinggi
Antara komen yang diterima oleh lelaki itu adalah:
“Dia seorang yang luar biasa. Ia mencairkan hati saya,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Kehidupan telah mengubahnya menjadi seorang adiwira,” tulis seorang lagi.
“Saya harap keluarga dapat hidup bahagia selama-selamanya,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan keluarga itu.
Seorang pesakit berusia 85 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas seorang jururawat sebuah hospital swasta di Kingswood memutuskan sambungan monitor jantungnya untuk membuat panggilan FaceTime bersama keluarganya, lapor Mirror UK.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 29 Julai 2021 itu berlaku apabila jururawat yang bertugas untuk syif malam menerima panggilan daripada keluarganya.
Tribunal Rayuan Sivil dan Pentadbiran New South Wales mendapati jururawat tersebut telah gagal memberi amaran kepada doktor berkenaan degupan jantung yang tidak teratur dialami pesakit terbabit.
Pada perbicaraan terbabit, jururawat itu didapati bersalah atas salah laku profesional dan tingkah laku profesional yang tidak memuaskan.
Sumber: SCMP