Tular Rakaman Lelaki Dilapor Hempas Kucing Yang ‘Bertenggek’ Dipercayai Di Atas Keretanya By Amira 21 September 2020 5:44pm Berita Gambar: Kelab Pencinta Kucing Malaysia Keji dan tidak berperikemanusiaan. Seorang lelaki didakwa menghempas seekor kucing yang berada di atas sebuah kereta.Menurut sebuah laman Facebook berkaitan kucing , insiden berkenaan didakwa berlaku berlaku pagi semalam (21 September) di Setapak, Kuala Lumpur, kelihatan seekor kucing putih bertompok duduk di atas bonet hadapan sebuah kereta Honda.Dalam rakaman CCTV dikongsikan kelab itu, muncul seorang lelaki dipercayai pemilik kereta berkenaan mengangkat haiwan tersebut dan menghempasnya ke lantai dengan kuat sebelum memandu pergi.Susulan itu, menurut Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing berkenaan menderita kecederaan sehingga menyebabkannya menghadapi masalah pembuangan najis.Sumber: Facebook