Seminggu yang lalu, tular satu perkongsian pengguna Facebook, Rus Majida Hassan mengenai kes kecurian tiga pokok keladinya yang bernilai sehingga RM50,000.
Terbaru, Rus meluahkan rasa syukur kerana dua orang suspek yang dipercayai mencuri pokok keladinya itu telah pun ditahan reman dan kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Berkongsikan perkara itu kepada SK, dia mengatakan bahawa polis berjaya mengesan kedua-dua suspek melalui aktiviti jualan dalam talian. Manakala, seorang lagi suspek masih belum ditangkap.
Bagaimanapun, dia masih belum mendapat pokok keladinya lagi dan difahamkan satu pokok telah pun dijual.
Butiran terperinci mengenai kes tersebut tidak dapat didedahkan olehnya kerana ia masih lagi berada dalam siasatan.
Rus juga turut berterima kasih kepada semua yang telah membantunya menularkan kes tersebut sehingga suspek berjaya ditangkap.
Menerusi perkongsian yang turut dilaporkan SK pada minggu lalu, Rus memohon bantuan orang ramai untuk mengesan pencuri pokok keladi itu yang dipercayai telah menceroboh rumahnya pada 13 September lalu.
Sumber: Rus Majida Hassan