
Tular Perkhidmatan Ucapan Hari Lahir Di TikTok, Buat Ramai Terhibur
Hari lahir merupakan tanggal yang cukup bermakna dalam hidup seseorang. Pada hari tersebut, ia mengingatkan kita tentang diri sejak kali pertama dilahirkan di dunia.
Umumnya, sambutan hari lahir tidak lengkap tanpa hadiah dan kek hari jadi. Namun, lebih manis lagi adalah apabila kita menerima pelbagai ucapan daripada orang-orang di sekeliling kita khususnya kenalan rapat dan ahli keluarga.
Ucapan hari jadi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti pesanan teks, surat, secara lisan mahupun video.
Meskipun sekadar ucapan, ia memberikan kesan yang mendalam kepada penerima. Hal ini kerana mereka menganggap kewujudan mereka dihargai oleh orang lain.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki menyediakan perkhidmatan ucapan hari lahir.
Dalam video berdurasi 1 minit 3 saat yang dimuat naik oleh @rexgowishesvideo menunjukkan seramai lapan orang lelaki dengan memakai seluar berwarna putih, dan berkaca mata itu masing-masing memegang peralatan di tangan mereka.
Ucapan Hari Lahir Daripada Abang-Abang Afrika
Di bahagian tengah, seorang lelaki berdiri sambil memegang papan hijau dengan tulisan ucapan hari jadi untuk seseorang.
Manakala yang lain pula memegang peralatan seperti belon, bunga, hadiah berbentuk ‘love’ dan gambar.
Menariknya, kumpulan lelaki itu turut menyanyikan lagu ‘Happy Birthday To You’ dengan tarian yang menghiburkan hati.
Flying Kiss
Lebih menghiburkan, sewaktu dalam tarian mereka turut memberikan flying kiss beberapa kali pada kamera.
Difahamkan, kumpulan tersebut menjalankan perkhidmatan Birthday Wish kepada sesiapa yang berminat dengan usaha mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet pecah perut dengan gelagat kumpulan tersebut.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bertanyakan harga yang dikenakan untuk perkhidmatan tersebut.
Sebahagian besar mereka sanggup membayar perkhidmatan tersebut demi rakan-rakan.





Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan, lebih 70,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 2,000 komen di platform media sosial tersebut.
Sumber: TikTok @rexgowishesvideo