
Tular Pakir Kereta Di Laluan Pejalan Kaki, Ahli Dewan Negara Mohon Maaf
Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda hari ini memohon maaf dan sedia diambil tindakan atas kesalahan meletakkan kenderaan diletakkan di laluan pejalan kaki.
Menurut hantaran di akaun Facebooknya, beliau selaku pemilik kenderaan itu berasa kesal dengan insiden tersebut dan bersedia bertanggungjawab sepenuhnya.
“Saya amat menyesali kesulitan yang telah timbul dan bersedia dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.
“Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi,” katanya.
Gambar kenderaan diletakkan di laluan pejalan kaki mengundang kecaman
Terdahulu, tular sekeping gambar di platform X yang menunjukkan sebuah kenderaan dipercayai milik Ahli Parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki.
Menerusi hantaran di X, kereta jenis Proton berwarna merah itu diparkir di atas laluan pejalan kaki termasuk garisan kuning yang dibuat khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan.
Hantaran berkenaan kemudian menarik perhatian warganet yang berpendapat tindakan memakir kenderaan di laluan penjalan kaki adalah satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan.

BACA: Dilapor Hilang Sejak Semalam, Polis Mohon Bantuan Kesan Nurul Aishah Farhana Azni
BACA: Pengasuh Direman, Bantu Siasatan Kes Bayi Disyaki Didera Sehingga Patah Kaki
BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN
Sumber:
Hasbie Muda via Facebook