khairun nisa garuda indonesia
Sumber: Tribun News
Tiada Kategori

Tular Menyamar Jadi Pramugari, Khairun Nisa Kini Dapat Peluang Kejar Impian

Hannah

Tular Menyamar Jadi Pramugari, Khairun Nisa Kini Dapat Peluang Kejar Impian

Siapa sangka, seorang gadis muda yang tular kerana menyamar sebagai pramugari baru-baru ini akhirnya membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Khairun Nisa atau lebih mesra disapa Nisya kini menerima peluang pendidikan pramugari secara percuma selepas kisahnya mencuri perhatian ramai di media sosial.

Sebelum ini, nama Khairun Nisa menjadi perbualan hangat selepas tindakannya menyamar sebagai pramugari Batik Air terbongkar.

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, namun di sebalik tindakan itu tersimpan kisah perjuangan, tekanan emosi dan impian yang hampir musnah.

Tekanan emosi di sebalik tindakan nekad

Langkah nekad Khairun Nisa, 23, bukanlah berpunca daripada niat untuk menipu semata-mata. Sebaliknya, didorong oleh tekanan perasaan dan rasa malu terhadap keluarga.

Wang sebanyak Rp30 juta (sekitar RM…) yang dibelanjakan bagi mengejar impian menjadi pramugari habis tanpa hasil. Manakala, janji untuk lulus pemilihan pramugari tidak pernah menjadi kenyataan.

Keadaan itu menambah beban emosi yang ditanggungnya sehingga mendorong kepada tindakan penyamaran yang akhirnya tular.

Peluang pendidikan pramugari percuma

Di tengah-tengah kemelut tersebut, satu khabar baik hadir buat Khairun Nisa. Dia ditawarkan pendidikan pramugari secara percuma oleh Aeronef Academy, sebuah institusi latihan awak kabin yang berpengalaman di Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran rasmi akaun media sosial @aeronefacademy.official di platform Threads, yang turut menyampaikan kata-kata sokongan moral buat gadis berkenaan.

“Mungkin Kak Nisa sedang bersedih, namun perlu diketahui bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran segalanya, sebaliknya permulaan kepada kisah baharu yang lebih hebat,” tulis Aeronef Academy.

Dalam poster yang dikongsi, Aeronef Academy secara khusus menawarkan peluang pendidikan pramugari percuma kepada wanita itu sebagai sokongan agar dia terus berpeluang merealisasikan impiannya dalam industri penerbangan.

“Kami tahu salah satu tanggungjawab seorang anak yang berbakti ialah membanggakan ibu dan ayah. Mari kita berjuang bersama,” demikian mesej yang tertera.

“Untuk itu, kami secara rasmi memanggil Kak Nisa untuk mengikuti Pendidikan Pramugari (100% Percuma) di Aeronef Indonesia. Kami ingin membantu Kak Nisa mewujudkan mimpi mengenakan seragam pramugari yang sesungguhnya dengan bekal ilmu dan pensijilan rasmi,” tambah @aeronefacademy.official.

Keberadaan Khairun Nisa terus menjadi tanda tanya

Dalam pada itu, keberadaan Khairun Nisa selepas insiden penyamaran tersebut masih menjadi persoalan. Selepas video penjelasannya tular, dia dilaporkan tidak lagi kelihatan dan seolah-olah menghilang daripada perhatian umum.

Kediaman keluarganya di Kelurahan Muara Kuang, Ogan Ilir dilaporkan berada dalam keadaan tertutup rapat, dengan pintu, pagar dan jendela tidak dibuka. Hanya beberapa orang kerabat terdekat dilihat berada di kawasan tersebut.

Menurut bapa saudara kepada ayah Khairun Nisa, keluarga sendiri tidak mengetahui secara terperinci apa yang berlaku.

“Kami hanya tahu daripada jiran dan televisyen. Awalnya saya menangis, tertanya-tanya apa kesalahan dia. Kami juga tidak bertanya kepada ibu bapanya,” katanya.

Latar belakang Aeronef Academy

Untuk info, Aeronef Academy dikenali sebagai pusat latihan awak kabin dengan konsep World Class Cabin Crew Training. Institusi ini terletak di Kampung Inggeris, Pare, Kabupaten Kediri, Jawa Timur.

Ia memberi penekanan kepada profesionalisme, disiplin serta kesiapsiagaan kerja dalam industri penerbangan.

BACA: Presiden Prabowo Ikrar Buka Sekolah Perubatan Percuma

Sumber: Tribun News