bungkusit
Gambar: Aku Tweet Fakta

Tular Gambar Rider Bungkusit Berkaki Besi Buat Netizen Kagum

Amira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Biarpun mempunyai kekangan dari segi fizikal, jelas moral dan mental rider Bungkusit ini sungguh kuat sekali.

Tular menunggang motosikal ketika membuat penghantaran dengan berkaki besi, individu yang tidak dikenali ini meraih ribuan ‘likes’ daripada warga maya.

Rata-rata memuji beliau yang gigih meneruskan usaha mencari rezeki halal dengan kaki besi tersebut.

Bagaimanapun, identiti rider berkenaan dan lokasi gambar diambil tidak dapat dikenalpasti.

Moga murah rezeki

Jaga kesihatan

Kita yang cukup sifat ni tak boleh malas

Sumber: Aku Tweet Fakta