Baru-baru ini, gambar seorang doktor memeluk dipercayai seorang pesakit COVID-19 menjadi tular dan mengundang sebak para netizen.
Dr Joseph Varon yang merupakan ketua staf di United Memorial Medical Center di Houstan di Amerika Syarikat menyedari pesakit tersebut terlalu beremosi tatkala hari tersebut adalah hari “Thanksgiving”. Dr Varon memutuskan untuk membalas pelukan tersebut apabila dirinya berpakaian lengkap dengan PPE.
Gambar via Metro UK“Saya sangat sedih kerana saya berada di sebuah bilik di mana saya tidak mengenali sesiapa,” katanya kepada Good Morning America.
“Kami berpakaian seperti angkasawan, dan walaupun terdapat gambar saya dibawa bersama ketika bertemu mereka, ia membuatkan pesakit sedih dan sangat beremosi.
“Dan ketika saya mendengar , saya memeluknya,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, Dr Varon mengatakan dirinya sudah berada pada hari ke-252 bekerja sejak pandemic COVID-19 berlaku, malah dia pernah bertugas selama 16 jam.
Orang ramai bagaimanapun sentiasa diingatkan untuk mematuhi SOP dan menjaga jarak fizikal bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Gambar via Metro UKSumber: Mirror UK