Kuil Berusia 500 Tahun Runtuh

Tular Detik Cemas Kuil Purba Berusia 500 Tahun Runtuh Dibadai Taufan

Faiz Mustafa

Tular Detik Cemas Kuil Purba Berusia 500 Tahun Runtuh Dibadai Taufan

Sebuah kuil pagoda lama berusia 500 tahun dan penuh dengan sejarah di Chiang Mai dilaporkan runtuh akibat dari taufan yang melanda bandar tersebut pada petang Jumaat, 30 September 2022.

Menurut laporan akhbar berita Coconut Jakarta, kuil yang terletak di Wat Sri Suphan itu telah pun mengalami garis-garis retakan sebelum ia dilaporkan runtuh pada lebih kurang jam 5 petang, Jumaat (waktu tempatan).

Penyiasat percaya bahawa taufan yang kuat telah mempercepatkan runtuhan tersebut kerana struktur asasnya sudah tidak dapat mampu menampung kuil berkenaan.

Dalam pada itu, detik-detik cemas semasa kuil itu runtuh sempat dirakam oleh beberapa orang saksi yang berada di lokasi kejadian ketika itu.

Mujur, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam dilaporkan dalam tragedi tersebut.

Ketua kuil, Phra Kru Pitak Sutthikhun berkata, dia agak terkejut dengan berlakunya insiden tersebut dan dalam masa yang sama turut berasa terkilan kerana pagoda berkenaan telah mengalami garis-garis retakan, namun tidak ada sebarang usaha untuk mengubah suai yang sepatutnya.

Memetik Coconut Jakarta, kuil tersebut merupakan kuil Budha yang tertua di Chiang Mai dibina pada tahun 1500 ketika zaman pemerintahan Raja Mueang Kaew daripada Dinasti Mangrai.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Coconut Jakarta