data jaringan gelap maybank
Gambar: BERNAMA

Tular Dakwaan Data Dibocorkan Di Jaringan Gelap, Ini Jawapan Maybank

Iqbal Yasir

Tular Dakwaan Data Dibocorkan Di Jaringan Gelap, Ini Jawapan Maybank

Syarikat perbankan, Malayan Banking Bhd (Maybank) memberi jaminan kepada pelanggan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya.

Maybank menerusi hantaran di platform X memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap kebimbangan tersebut selain memastikan data dilindungi pada setiap masa.

“Kami memandang serius kebimbangan keselamatan tersebut dan terus memantau serta memastikan data dilindungi pada setiap masa.

“Dengan pelbagai langkah penipuan dilaksanakan termasuk penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi dan tempoh bertenang didayakan untuk transaksi berisiko tinggi, transaksi dalam talian pelanggan kami terus dilindungi.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan kami untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat mereka.

“Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat, dan berhati-hati terhadap perisian perosak, mesej WhatsApp dan tapak pancingan data serta panggilan telefon yang meminta kelayakan anda,” tulis bank itu pada Rabu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan berkenaan data pelanggan Maybank dibocorkan di jaringan gelap hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ramai.

Sumber: Maybank

BACA JUGA: Kronologi Kes Bunuh Zulfarhan