Tular Buaya Besar Mati Dilanggar Kereta Di Lebuh Raya
Seekor buaya mati selepas dilanggar sebuah kereta elektrik ketika melintas di Lebuhraya Penanjong – Tutong di Brunei pada pagi Rabu.
Menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, bangkai buaya itu dilihat bergelimpangan di atas jalan.
Sementara itu, kereta yang terlanggar buaya tersebut pula mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan hingga menyebabkan tayar hampir tercabut.
Kredit: Brunei FMBagaimanapun maklumat lanjut mengenai keadaan pemandu dan perincian berhubung kemalangan tersebut tidak diketahui.
Video tersebut juga telah tular di Malaysia dan mendapat pelbagai reaksi.
Kredit: Brunei FMRamai netizen tertanya-tanya mengenai berat dan saiz buaya itu kerana ia dilihat sangat besar.
Sumber: Brunei FM