Tular Acara Lumba Motor Didakwa Dikompaun RM20k, Penganjur Tampil Beri Penjelasan

Nur Adnin

Kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam mana-mana acara akhir-akhir ini ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Lepas satu, satu lagi berlaku.

Terbaharu, tular pula tentang satu acara perlumbaan lumba motosikal di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini yang didakwa tidak mematuhi SOP seperti yang ditetapkan.

Apa yang menarik perhatian netizen dalam maklumat tular itu adalah kelihatan kereta peronda polis yang ‘masuk’ ke sana, dipercayai bagi menjalankan siasatan serta tindakan penguatkuasaan.

Dalam masa sama, turut disertakan sekali sekeping gambar dipercayai merupakan surat saman yang dikeluarkan pihak polis atas dakwaan kesalahan tersebut.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Penganjur tampil jelas hal sebenar

Akur dengan kesilapan teknikal, pihak pengajur acara berkenaan, MUSC Motorsports telah tampil membuat satu kenyataan rasmi tentang perkara yang berlaku sebenarnya.

MUSC Motorsports mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook mereka hari ini.

Berikut adalah 10 penjelasan mereka seperti yang dinyatakan:-

1) Ada sebab kenapa kami terpaksa pilih adakan pada hari Jumaat, sebab semua tarikh Sabtu & Ahad di SIC penuh di-book sehingga hujung tahun. Yang available Jumaat pun sikit sangat, itu pun berkira bernasib baik bila dapat support & slot Jumaat dari SIC & yang bagusnya SIC sudah pun membuka ruang untuk kami laksanakan acara ni kembali ke SIC.

2) Ya, kami mengaku time-line kami fail di bahagian inspection kt psic tu terutama dlaam checking kelas2 ron100 yang sangat ambil masa & ini menyebabkan delay untuk start acara jam 4:45pm (sepatutnya 3pm, so dah hilang 1 hr 45 min).

3) Faktor cuaca tak menentu (hujan) menyebabkan jadual lebih delay bila kami hilang lagi 2 hrs.

4) Kami sediakan rooftop untuk keselesaan yang ingin menonton naik ke atas, tapi kami gagal predict sebaliknya yang berlaku, ternyata ramai yang lebih gemar berada kat pit lane supaya lebih dekat dengan jentera2 drag, inilah drag racing.

5) Penganjuran acara ni di SIC memang melibatkan sejumlah kos perbelanjaan yang amat besar. Untuk memperbaiki lagi event dalam norma baru ni sekiranya dianjurkan lagi dalam tempoh pandemik ni perlukan perbelanjaan kos yang luar biasa tinggi terutamanya dalam menyediakan sekurang-kurangnya 100-200 tenaga sekuriti khas untuk memantau SOP penjarakan sosial.

6) Kami gagal mengawal penjarakan sosial antara manusia di padock sebab kawasan terbuka tanpa ruang duduk memudahkan pergerakan manusia ke sana ke sini.

7) Kami berpendapat yang acara sukan drag sebegini tidak sesuai diadakan dalam tempoh norma baru yang cukup mencabar ini kerana untuk merealisasikan acara sebegini melibatkan kos perbelanjaan yang amat besar.

8) Apa yang berlaku semalam ada hikmah buat kami untuk muhasabah diri & back to basic.

9) Kepada team yang tidak sempat melakukan Et2 & Et3 kami mohon maaf & sekiranya tiada lagi halangan SOP sebegini lagi dan apabila kami sudah benar bersedia maka akan kami laksanakan 1 acara drag khas untuk semua yang terlibat tanpa dikenakan yuran.

10) Segala teguran yang kami terima akan kami ambil sebagai iktibar & tauladan, yang buruk dari kami & yang baik tetap dariNya.

Diharapkan bahawa kes seperti ini akan dijadikan pengajaran buat kita semua pada masa akan datang.

Kita manusia, tak lari daripada kesilapan. Apa yang penting adalah perlu lebih berhati-hati.

Sumber: MUSC Motorsports