Bercakap tentang perabot, sudah pasti kita nak dapatkan yang sesuai dengan tatarias rumah dan mengikut selera masing-masing. Dalam pemilihan perabot pula, selain nak cari yang sedap mata memandang, fungsinya juga perlu diambil kira.
Misalnya, kalau korang jenis yang suka main game di komputer, mestila perabot seperti meja gaming menjadi satu keperluan. Kalau meja biasa, mungkin akan ada keterbatasan dari segi penggunaannya.
Namun harga sebuah meja gamming dengan fungsi-fungi tertentu seperti anti-slip, model yang classy dengan ukuran sesuai bukanlah murah.
Walaupun begitu, pengguna TikTok @aripwife ini melakukan inovasi untuk meja gammingnya dengan harga terjangkau dan proses setup pun senang je. Tak hanya beli meja gamming sedia ada di pasaran, lelaki dalam video tersebut menggunakan meja kerja biasa yang diubahsuai fungsinya jadi meja gamming.
Menurut video tersebut, meja kerja itu boleh didapati di Shopee dengan harga serendah RM95 sahaja. Untuk pengubahsuaiannya meja pula hanya guna sticker karbon dan tape, dengan sedikit dekorasi pencahayaan untuk nampak lebih ‘wow’.
Video ini mendapat 299.4 ribu tontonan setakat ini.
Nak dapat inspirasi untuk DIY meja gamming korang, boleh tengok video di bawah.
Sumber: TikTok @aripwife