Seorang tukang penjual roti mengaku menyimpan kubur seorang wanita di dalam rumahnya setelah ‘dikantoikan’ oleh isterinya. Menurut sumber, kejadian ini berlaku di , Kabupaten Bogor.
Dalam masa yang sama, si isteri pelaku melarikan diri dan meminta bantuan kepada orang kerana dia mendakwa suaminya menanam seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun di belakang rumah mereka.
Menurut penceritaan si isteri pelaku, dia berasa bosan kerana dilarang untuk keluar rumah oleh suaminya sehinggakan dia meminta suaminya mencari teman untuk menemaninya ketika bosan.
Ketika suaminya membwa pulang wanita tersebut, kelakuan wanita tersebut kelihatan aneh dan mempunyai luka ditubuhnya dipercayai didera oleh pelaku.
Beberapa hari kemudian, mangsa meninggal dunia setelah dipercayai kepalanya dipijak pelaku sehingga mangsa meninggal secara perlahan-lahan dan mayat mangsa ditanam di belakang rumah pasangan tersebut.
Berdasarkan maklumat jiran, pelaku seorang yang peramah dan bersopan santun, dan mereka tidak menyangka dia berkelakuan sebegitu kejam.
Malah menurut jiran tetangga, tidak pernah mendengar suara bertengkar dan rumahnya sentiasa kelihatan sunyi melainkan setelah dia pulang bekerja.
Kelakuannya yang sangat baik hati dan seorang yang kuat agama telah membuatkan ramai yang tidak percaya kelakuannya itu.
Pihak polis masih menyiasat kes ini dan mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Sumber: Tribunnews