
Tukang Ojek Terkejut, Dapat Tempahan Untuk ‘Tanam’ Janin Baru Digugur
Seorang pemandu teksi motosikal dalam talian (Ojol), Herna Ropana, terkejut apabila mendapati dirinya menerima tempahan yang memintanya mengebumikan dipercayai janin yang baru sahaja digugurkan. Kejadian yang berlaku di Kabuten Bandung itu kemudian menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan olehnya sendiri.
Menurut Herna, dia enggan memenuhi tempahan yang dibuat oleh seorang wanita yang hanya dikenali sebagai ‘R’, berumur 20 tahun. Dia kemudian melaporkan berkenaan kepada polis.
Ketua Polis Bandung, Kombes Kusworo Wibowo dalam satu kenyataan mendedahkan perbuatan wanita itu telah melanggar undang-undang dan boleh dipenjara jika didapati bersalah.
“Suspek akan didakwa dengan Perkara 346 KUHP, iaitu seorang wanita yang sengaja menggugurkan atau mengakhiri kehamilannya atau memerintahkan orang lain untuk melakukannya. Bakal berdepan dengan hukuman penjara empat tahun,” kata Kusworo.
Terdahulu, netizen digemparkan dengan satu video yang menunjukkan seorang tukang ojek menerima tempahan yang memintanya mengebumikan mayat bayi yang dipercayai baru digugurkan.
Dalam video yang pertama, tukang ojek berkenaan dilihat membawa wanita berkenaan bersama satu bungkusan berwarna biru menuju ke satu destinasi. Bagaimanapun, dihujung video berkenaan, dapat dilihat tukang ojek berkenaan membawa wanita tersebut ke balai polis dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Manakala dalam video kedua pula menunjukkan perkembangan kes berkenaan dimana kes tersebut telah dipindahkan ke Polis Bandung. Menurut keterangan pada video berkenaan, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes pembuangan bayi.
BACA: NASA Dedah Bunyi Menakutkan “Black Hole”, Seakan ‘Sesuatu’ Sedang Melolong
Sumber: Detik.Com