tujuh wilayah gangguan air
Gambar: Bernama

Tujuh Wilayah Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Hari Ini

Azizah Najib

Tujuh Wilayah Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Hari Ini

Air Selangor telah mengeluarkan notis berkenaan gangguan bekalan air yang tidak berjadual di beberapa kawasan dalam negeri Selangor hari ini. Empat loji rawatan air di Selangor dilaporkan henti tugas sementara berikutan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Menurut Air Selangor, Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) dihentikan tugas sementara.

Tujuh wilayah yang terlibat ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Berikutan itu, pihaknya memberi jaminan untuk meminimumkan kesan terhadap para pengguna. Bantuan alternatif juga digerakkan dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terjejas.

Kawasan terjejas gangguan bekalan air di Selangor

pencemaran bau air selangor

BACA: Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

pencemaran bau air selangor

BACA: Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat

kawasan terjejas gangguan air

BACA: Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini

gangguan kuala selangor
pencemaran bau air selangor

BACA: Ibu Bapa Zulfarhan Sujud Syukur, Lega Keadilan Kini Terbela

bekalan air kuala lumpur
gangguan air hulu selangor
pencemaran bau air selangor
pencemaran bau air selangor

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, para pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com.

Sumber: Air Selangor via X