negeri hujan malam ini
Gambar: Bernama

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Manakala seluruh negeri Melaka dan WP Labuan juga diramal hujan hingga malam ini.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Sementara itu, di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang.

“Bagi Negeri Sembilan, hanya dua daerah diramal hujan iaitu Jempol dan Tampin selain di Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Wanita Kongsi Pengalaman Seram Ketika Menginap Di Hotel Di Thailand