
Bitlis : Tujuh pendatang tidak teratur maut pada Khamis apabila bot yang mereka naiki karam di Tasik Van yang terletak di timur Turki, lapor agensi berita Anadolu.
Bot yang membawa 71 pendatang tidak teratur itu terbalik di Tasik Van berhampiran wilayah timur Bitlis menyebabkan tujuh orang maut manakala 64 lagi berjaya diselamatkan, menurut pejabat gabenor wilayah itu dalam satu kenyataan.
Pendatang terbabit terdiri daripada rakyat Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh, katanya.
Pada 2018, sejumlah 268,000 pendatang tidak teratur telah ditahan di Turki, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Sumber : Bernama