Sedar tak sedar, kita sudah masuk ke bulan Zulhijjah iaitu bulan Islam terakhir sebelum menghampiri bulan Muharam kembali. Tidak lama lagi, umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban atau Aidiladha iaitu pada 20 Julai bersamaan 10 Zulhijjah.
Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsikan infografik mengenai beberapa amalan yang sunat dilakukan ketika di bulan Zulhijjah.
Antara amalan-amalan sunatnya ialah:
Berpuasa sunat
Perbanyakkan solat sunat dan berqiamullail
Perbanyakkan bacaan al Quran
Perbanyakkan zikir
Perbanyakkan doa
Banyakkan bersedekah dan membantu orang yang di dalam kesusahan
Berbuat baik kepada ibu bapa dan banyak bertutur tentang perkara yang baik.
Sumber: Twitter @pejabatmuftiwp