Seorang lelaki di Madhya Pradesh, India tergamak menjahit kemaluan isterinya gara-gara mengesyaki bahawa isterinya itu curang.
Tindakan kejam itu dilaporkan dibuat kerana ingin membalas dendam.
Wanita tersebut kini sedang dirawat di hospital sementara suaminya itu masih sedang diburu pihak polis.
Doktor menyatakan bahawa mangsa sedang berada dalam keadaan stabil.
“Kes telah difailkan terhadap suspek setelah isterinya melaporkan perkara itu,” kata Anil Sonkar, Asisten Superintendan Polis Singrauli.
Walaupun mangsa ditinggalkan dalam kesakitan dan mengalami penderaan, wanita tersebut dilaporkan memohon pihak polis supaya bertoleransi dengan suaminya itu.
Pihak polis masih lagi giat menjalankan siasatan.
Kejadian sebegini bukan suatu perkara yang baru terjadi pada wanita di India.
Pada Mac lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Utter Pradesh, India dilaporkan menggunakan benang aluminium untuk menjahit kemaluan isterinya kerana mendakwa isterinya itu curang.
Lelaki tersebut didakwa mengikat tangan dan kaki isterinya yang berusia 22 tahun berkenaan terlebih dahulu sebelum melakukan serangan yang mengerikan itu, lapor Latin Times.
Sumber: The Sun