ular sawa panjang
Kredit: Tribun News

Tuan Rumah Terkejut Lihat Ular Sawa Panjang ‘Tidur’ Atas Meja Makan

Athirah

Tuan Rumah Terkejut Lihat Ular Sawa Panjang ‘Tidur’ Atas Meja Makan

Pemilik sebuah rumah di Kota Bangkalan, Jawa Timur berasa terkejut apabila bunyi geseran misteri yang mengganggu tidurnya rupa-rupanya berpunca daripada seekor ular sawa yang melingkar di bawah timbunan pakaian, menurut portal Tribunnews.

Menurut Abdurrouf, dia terjaga daripada tidur kira-kira jam 2 pagi (waktu tempatan) sebelum bertindak menghubungi pihak bomba.

Pemeriksaan yang dijalankan bomba kemudiannya menemukan seekor ular sawa sepanjang kira-kira lima meter melingkar di bawah tumpukan pakaian, dengan sebahagian badannya berada di atas meja makan.

Ketua Jabatan Bomba Agensi Ketenteraman Awam Bangkalan, Moch Arif Mahmud berkata selepas diperiksa, pihaknya mendapati terdapat seekor ular sepanjang antara empat hingga lima meter dengan anggaran berat sekitar 20 kilogram,

“Sewaktu melakukan proses pemindahan, ular tersebut tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif dan berada dalam keadaan tenang

“Menjadikannya lebih mudah bagi anggota bomba untuk meletakkannya di dalam guni yang disediakan,” ujar beliau lagi.

BACA: “Hadiah Paling Bermakna…” Dr. Akmal Sebak Terima Tawaran Haji
BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju
BACA: Buat Tempahan Sejak 2010, Pemilik Kedai Terima Stok Telefon Nokia ‘Purba’ Pada 2026

Sumber: Tribun News