Tiada Kategori

Tsubaki Perkenal Formula Baharu Dengan Camellia Oil Force, Rambut Lebih Licin, Sihat & Bersinar Macam Dari Salon Jepun

Nur Farra

Jenama penjagaan rambut terkenal dari Jepun, Tsubaki, kini tampil dengan formulasi baharu yang diperkaya dengan Camellia Oil Force, khas untuk wanita Malaysia yang mahu rambut licin, kuat dan kekal cantik walaupun cuaca panas lembap.

Pelancaran istimewa ini diperkenalkan melalui “The City of Tsubaki”, sebuah acara interaktif yang menggabungkan dunia kecantikan dengan seni pastri halus hasil kerjasama bersama JWC Roastery dan Watsons Malaysia.

Formulasi baharu Tsubaki ini menampilkan inovasi yang membantu mengatasi masalah rambut kering, kusut, gugur dan rosak, sambil memberikan pengalaman seolah-olah rawatan salon tapi hanya daripada rumah.

Menurut Frederick Ng, Pengurus Besar Tsubaki Malaysia & Indonesia, visi jenama ini adalah untuk menjadikan penjagaan rambut berkualiti salon sebahagian daripada rutin harian.

“Dengan Camellia Oil Force, kami mahu setiap orang merasai keyakinan dan kesegaran setiap kali menyentuh rambut sendiri.”

Antara rangkaian baharu Tsubaki termasuk:

  • Tsubaki Premium Moist & Repair – Melawan rambut kusut dan memberi kelembapan sehingga 72 jam

  • Tsubaki EX Hair Fall Care & Repair – Mengurangkan keguguran rambut sehingga 5 kali ganda dalam 10 hari

  • Tsubaki Cool & Repair – Memberi sensasi sejuk untuk cuaca Malaysia

  • Tsubaki Volume & Repair – Membuatkan rambut lebih tebal dan beralun dengan baik hingga 100 jam

  • Tsubaki EX Damage Care & Repair – Memulihkan rambut rosak seawal penggunaan pertama

  • Tsubaki EX Repair Mask – Memberi rawatan intensif dengan Minyak Camellia & Jeli Diraja

Sempena pelancaran, Tsubaki turut berkolaborasi dengan JWC Roastery Malaysia untuk menghasilkan siri pastri seni edisi khas, “Essence in Bloom”.

Seluruh rangkaian Tsubaki kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan dan laman web Watsons Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Tsubaki Malaysia atau ikuti di Instagram @tsubaki_malaysia.