Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS By Hannah 22 Jun 2025 4:22am Berita Gambar: AFP Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS Pemimpin tertinggi Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengecam Donald Trump susulan serangan udara AS terhadap Iran, sambil mendakwa Trump mendorong negara ke ambang peperangan.“Presiden Trump telah mengelirukan rakyat mengenai niatnya, gagal mendapatkan kelulusan Kongres bagi penggunaan kekuatan ketenteraan, dan kini membahayakan AS dengan kemungkinan terjebak dalam perang yang boleh membawa bencana di Timur Tengah,” kata ahli Kongres Hakeem Jeffries dalam satu kenyataan.BACA: Kenyataan Penuh Trump Susulan Serangan AS Ke Atas IranBACA: ‘Tiada Tanda Pencemaran’ Selepas Serangan AS Ke Atas Tapak Nuklear Utama – IranBACA: 22 Individu Ditahan Dipercayai Ejen Perisik Israel – Polis IranSumber: AFP