Presiden Amerika, Donald Trump menyifatkan serangan pandemik virus COVID-19 adalah serangan paling teruk ke atas Amerika, lapor BBC.
Trump berkata, pandemik itu ‘menghentam’ AS lebih teruk dari serangan bom oleh Jepun di Pearl Harbor dalam Perang Dunia Kedua, menuding jari kepada China.
Malah, pandemik itu juga dianggap lebih dahsyat dari serangan pada 9/11 lalu ke atas bangunan World Trade Centre 20 tahun lalu.
“Dan ia tidak patut berlaku. Ia patut dihentikan dari pusat penularan. Ia patut telah dihentikan di China. Ia patut berhenti betul-betul pada puncanya. Dan ia tidak berlaku,” katanya kepada wartawan di Rumah Putih.
Menurut BBC, kerajaan Trump mempertimbangkan hukuman ke atas China atas pengawalan awal penularan virus itu.
Pun begitu, Beijing mendakwa AS ingin mengalihkan perhatian dari menangani wabak itu sendiri.
Ketika ditanya wartawan jika beliau menganggap pandemik itu sebagai peperangan sebenar, Trump berkata, pandemik itu adalah musuh Amerika.
“Saya anggap musuh yang tak dapat dilihat ini sebagai peperangan. Saya tak suka bagaimana ia boleh di sini, kerana ia boleh dihentikan, tetapi tidak, saya anggap musuh yang tidak boleh dilihat ini seperti perang,” katanya.
Sejak wabak ini mula muncul di China pada hujung tahun lalu, koronavirus telah menjangkiti lebih 1.2 juta warga AS dan membunuh hampi 73,000 orang.
Sumber: BBC