Trump Dakwa China Akan Memiliki Amerika Syarikat Jika Biden Jadi Presiden

Sha Rossa

Persaingan sengit antara Presiden Donald Trump,74 dan pencabar demokatrik Joe Biden,77 semakin menghampiri kemuncak apabila semua rakyat Amerika Syarikat (AS) akan memilih Presiden mereka menjelang esok.

Menerusi ciapan terbaharu Trump di laman sosial Twitter rasminya, beliau menyelar Biden dengan mengatakan bahawa Biden sama sekali tidak mampu untuk berunding dengan China.

Malah, tambah Trump, AS juga akan jatuh ke tangan China sekiranya rakyat negara itu membuat pilihan yang salah dengan memilih pencabarnya itu sebagai Presiden baharu mereka.

Pada pilihan raya tahun ini yang diadakan setiap empat tahun sekali, terdapat lebih 128 juta pengundi berdaftar termasuk pengundi awal akan memilih Presiden AS yang mewakili lebih 50 peratus penduduk di negara berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah undi yang paling bukan penentu seseorang calon telah memenangi jawatan Presiden AS sebaliknya calon jawatan itu akan ditentukan oleh seberapa banyak undi elektoral yang akan dimenanginya.

Jika Biden daripada parti Demokrat memenangi pilihan raya kali ini, beliau akan menjadi Presiden AS yang paling tua dalam sejarah negara itu yang berusia 77 tahun.

Sebelum ini, rekod Presiden paling tua dipegang oleh Trump apabila memegang jawatan itu ketika beliau berusia 70 tahun.

Sumber: Twitter Donald J. Trump