
WASHINGTON, 4 Nov (Bernama) — Presiden Donald Trump mendahului di Florida dengan 3.27 peratus, lapor agensi berita Sputnik berdasarkan keputusan rasmi pertama.
Trump mengatasi saingannya Joe Biden, 51.19 – 47.92 peratus setelah 10,793,616 undi dikira.
Florida dengan 29 undi elektoral adalah kemenangan tertinggi ketiga di antara semua negeri dan terbesar yang kerap menukar warna parti.
Ia menyokong calon Republikan tiga kali dan dua kali menyokong Demokrat dalam lima pilihan raya presiden terakhir. Pada 2016, Trump mengalahkan Hillary Clinton dengan kurang daripada 113,000 undi.
Sama ada Biden atau Trump perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk menguasai Rumah Putih.
— BERNAMA