
Trump Beri Amaran Kepada Presiden Colombia
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran terus kepada Presiden Colombia susulan operasi ketenteraan AS yang menangkap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dan membawa beliau keluar dari negara itu.
Anadolu Agency (AA) melaporkan pada sidang media di Florida, Trump mengulas kenyataan Presiden Colombia, Gustavo Petro, yang menyatakan beliau tidak bimbang terhadap kemungkinan tindak balas susulan serangan ke atas negara jirannya.
Trump mendakwa Petro memiliki kilang dan fabrik penghasilan kokain yang menghantar dadah tersebut ke Amerika Syarikat.
Beliau kemudian menegaskan bahawa Petro perlu berhati-hati.
Tahun lalu, menjelang serangan ke atas Venezuela, Trump kerap menuduh Caracas bertanggungjawab terhadap kemasukan dadah haram ke Amerika Syarikat.
Sementara itu, beliau menggambarkan negara Cuba sebagai “negara yang gagal” dan mengkritik pemimpin atas apa yang beliau sebut sebagai dekad kemerosotan ekonomi serta penderitaan rakyat.
“Rakyat di sana telah menderita bertahun-tahun, dan saya rasa Cuba akan menjadi satu isu yang akhirnya akan kita bincangkan
“Kami (AS) mahu membantu rakyat di Cuba, tetapi kami juga mahu membantu mereka yang terpaksa meninggalkan Cuba dan kini menetap di negara ini,” kata Trump
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio seorang Amerika-Kuba yang dilahirkan di Miami berkata Cuba adalah ‘bencana’.
Menurut Anadolu Agency (AA), ia dikendalikan oleh lelaki yang tidak kompeten, ada yang tua dan ada yang tidak tua tetapi tetap tidak kompeten.
“Semua pengawal yang membantu melindungi Maduro diketahui umum berasal daripada rakyat Cuba
“Maksud saya cukup menakjubkan bagaimana pulau ini pada satu ketika menguasai Venezuela. Salah satu masalah terbesar yang dihadapi rakyat Venezuela ialah mereka perlu mengisytiharkan kemerdekaan dari Cuba,” tambahnya lagi.
Sumber: Anadolu Agency (AA)