John F Kennedy
Kredit: AFP

Trump Bakal Dedah Ribuan Dokumen Sulit Kes Pembunuhan John F Kennedy

Athirah

Trump Bakal Dedah Ribuan Dokumen Sulit Kes Pembunuhan John F Kennedy

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dilapor menemukan kira-kira 2,400 rekod yang berkaitan dengan kes pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

Menurut portal Axios, laporan rahsia yang memiliki 14,000 halaman dokumen telah menerima arahan eksekutif yang ditandatangani Presiden AS, Donald Trump bagi mendedahkan semua fail berkaitan insiden pembunuhan JFK.

Pejabat Pengarah Perisikan Negara (ODNI) turut mendedahkan kewujudan dokumen berkenaan sewaktu mengumumkan pelan pendedahan kepada orang ramai.

Di bawah Akta Rekod JFK 1992, rekod pembunuhan sepatutnya diserahkan kepada Lembaga Kajian Rekod Pembunuhan JFK dan kemudian kepada Arkib Negara.

Axios berkata arkib tersebut menyimpan koleksi dokumen yang sepatutnya didedahkan sepenuhnya pada tahun 2017.

Trump mahu dedah ribuan dokumen sulit kes pembunuhan John F Kennedy

Bagimanapun, pegawai pentadbiran mendapati bahawa rekod yang baru ditemui ini tidak pernah diserahkan atau disemak oleh lembaga kajian pembunuhan atau Arkib Negara.

Semasa Trump menjadi presiden pada tahun 2017, beliau menangguhkan pendedahan rekod yang telah dikenal pasti oleh kerajaan atas nasihat CIA.

Manakala Presiden Biden kemudian mengarahkan pelepasan terhad dokumen, yang masih tidak sepenuhnya mematuhi semangat Akta Rekod JFK.

Penyokong kerahsiaan kerajaan memaklumkan kepada Trump dan Biden bahawa pendedahan penuh dokumen pembunuhan boleh menjejaskan “sumber dan kaedah” agensi risikan. Difaham, ia merupakan tindakan yang tidak adil untuk mengaitkan pegawai terlibat dalam dakwaan tersebut.

Janji dibuat pada pilihanraya lepas

Menurut portal Axios, Trump pernah berjanji akan mendedahkan semua dokumen JFK sewaktu kempen pilihan raya 2024.

Bagaimanapun, ketika penggal pertamanya sebagai Presiden, Trump menangguhkan pendedahan dokumen terakhir selepas mendapat rayuan daripada CIA dan FBI.

Ketika menandatangani perintah eksekutif baharu itu di Rumah Putih pada 23 Januari lalu, Trump menjanjikan segalanya akan didedahkan.

Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mendedahkan fail berkaitan pembunuhan JFK, abang kepada Robert F Kennedy dan aktivis hak sivil, Martin Luther King Jr.

BACA: Kanak-kanak Tujuh Tahun Ditemukan Lemas Di Kolam Renang

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

BACA: Dirasmikan 59 Tahun Lalu, Ini Sejarah Pembinaan Tugu Peringatan Negara

Sumber: Axios