
Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan
Kemalangan yang berlaku di laluan USJ-Putra Heights kilometer 13.2 arah selatan. Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, semua lorong ke arah Selatan terhalang. Trafik juga sesak dikedua-dua arah dari USJ & RnR Dengkil ke Putra Heights. Trafik perlahan sepanjang empat kilomter.
Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika itu juga menasihati pengguna agar membuat persimpangan keluar melalui persimpangan Putra Heights (Mandatori EXIT).
Dalam kemas kini terbaharu, LLM memaklumkan bahawa semua lorong kini telah dibuka, bagaimanapun situasi trafik masih sesak dengan kesesakkan berlaku sepanjang 6km.
LLM juga meminta orang ramai untuk memandu secara berhati-hati dan merancang perjalanan masing-masing.
Sumber: Twitter @PLUSTrafik