Traveloka Dedah 3 Destinasi Paling Diminati Pelancong APAC Sepanjang Jualan EPIC
Kuala Lumpur, 19 Mei 2025 – Permintaan terhadap pelancongan semakin meningkat di seluruh Asia Pasifik, apabila lebih ramai pelancong kini bersemangat untuk meneroka destinasi baharu dan mencari pengalaman yang bermakna. Menurut Traveloka, platform pelancongan sehenti terkemuka di Asia Tenggara, Indonesia, Thailand dan Vietnam muncul sebagai tiga destinasi paling banyak dicari oleh jutaan pelancong APAC sepanjang Jualan EPIC 2025, yang berlangsung dari 11 April hingga 5 Mei, dengan tawaran diskaun sehingga 60% untuk penerbangan, penginapan dan aktiviti.
Dilancarkan serentak di tujuh pasaran utama APAC — Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Jepun dan Australia — Jualan EPIC bukan sahaja menawarkan tawaran hebat, malah memberikan pandangan terhadap perubahan kecenderungan pelancong. Di sebalik angka tersebut, kempen ini mencerminkan trend lebih besar: pelancong kini lebih bijak memanfaatkan cuti hujung minggu panjang dan cuti sekolah, serta menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap destinasi yang menawarkan pengalaman budaya, percutian alam semula jadi dan aktiviti mesra keluarga.
Sorotan Jualan EPIC Traveloka: Destinasi Pilihan Pelancong Didedahkan
Selain Indonesia, Thailand dan Vietnam, Jualan EPIC Traveloka juga merekodkan bahawa destinasi antarabangsa seperti Jepun, Malaysia dan Singapura terus menjadi pilihan popular pelancong APAC. Sementara itu, bagi pelancong Malaysia, destinasi domestik seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kuching dan Langkawi kekal menerima sambutan tinggi. Ini menunjukkan minat yang seimbang terhadap penerokaan luar negara dan dalam negara.
Carian destinasi antarabangsa tertinggi termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan, Vietnam dan China.
Trend percutian santai dan staycation terus meningkat, menandakan minat terhadap perjalanan dekat dengan jadual yang lebih fleksibel. Berdasarkan carian penginapan, pelancong Malaysia menunjukkan minat tinggi terhadap destinasi seperti Melaka, Cameron Highlands, Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi dan Kuala Lumpur, dengan Kuantan turut mencatatkan peningkatan. Lokasi-lokasi ini menjadi pilihan untuk percutian pendek, biasanya selama 3 hari 2 malam, bagi tujuan berehat, menikmati makanan tempatan, dan meluangkan masa bersama keluarga.
Pilihan Penginapan Semakin Pelbagai
Walaupun penerbangan kekal menjadi pilihan utama untuk perjalanan jauh, preferensi penginapan kini semakin pelbagai. Sepanjang Jualan EPIC, lima jenis penginapan paling popular dalam kalangan pelancong Malaysia ialah hotel, resort, apartmen, vila dan rumah tumpangan. Ini menunjukkan peningkatan minat terhadap penginapan fleksibel yang sesuai untuk pelbagai gaya pelancongan, daripada pengembara solo, pasangan, keluarga hinggalah ke kumpulan.
Lebih Daripada Sekadar Percutian, Kini Setiap Perjalanan Lebih Bermakna
Baidi Li, Naib Presiden Komersial, Aktiviti Pelancongan Traveloka berkata,
Sepanjang Jualan EPIC, Traveloka turut melaporkan perubahan jelas dalam tingkah laku pelancong: pengguna tidak lagi sekadar menempah perjalanan, tetapi mencipta pengalaman. Di Malaysia, ini dilihat melalui peningkatan minat terhadap aktiviti seperti Genting SkyWorlds, Discovery Park di Gamuda Cove, Wonderpark Melaka, KLCC Aquaria dan Taman Tema Berjaya Square. Selain itu, percutian menaiki kapal persiaran turut mencuri perhatian, dengan semakin ramai pengguna mula meneroka percutian laut yang menggabungkan santai, penerokaan, dan pengisian budaya.
Kenangan Bermakna, Pengalaman Tidak Terlupakan
Dari persembahan budaya hingga tarikan mesra keluarga dan pengalaman kapal persiaran serba lengkap, pelancong semakin mencari perjalanan yang menawarkan makna mendalam dan kenangan berpanjangan.
Chad Grospe, Naib Presiden & Pengarah Urusan – APAC, Royal Caribbean International berkata,
Rancang Bijak, Nikmati Lebih
Untuk memanfaatkan cuti yang akan datang, Traveloka menggalakkan pelancong untuk merancang dengan bijak dan berjimat, dengan memanfaatkan promosi yang sedang berlangsung, termasuk diskaun menarik untuk penerbangan, hotel dan tarikan. Sama ada meneroka bandar berhampiran, mencari permata tersembunyi dalam negara, atau menjelajah destinasi antarabangsa, tawaran ini memberi peluang untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan di setiap langkah perjalanan.