Anggaran terbaru bilangan kematian lebih dua kali ganda daripada angka yang dilaporkan oleh pakar ekologi minggu lalu.
Terkini, laporan mengatakan bahawa lebih 1 bilion haiwan yang terbunuh dalam krisis kebakaran hutan di Australia ini.
Menurut Profesor Ekologi Universiti Sydney, Chris Dickman berkata, lebih 800 juta haiwan mungkin terbunuh di kawasan New South Wales sahaja. Selebihnya anggaran pada tempoh lalu. Ini bermakna bilangan haiwan yang terbunuh melebihi daripada 1 bilion.

Haiwan yang terbunuh secara tidak langsung kerana kelaparan, dehidrasi dan kehilangan habitat. Perkiraan ini termasuk mamalia, burung dan reptilia tetapi tidak termasuk katak dan serangga.
“Apa yang kita lihat adalah kesan perubahan iklim,” kata Chris.
Walaupun hujan turun pada minggu lalu, ia membawa kepada kelegaan rakyat di sana. Namun, mereka akan berdepan dengan cuaca kering dan suhu panas yang lebih tinggi. Ia juga menigkatkan risiko untuk berlaku kebakaran sekali lagi.

Australia merupakan rumah kepada haiwan-haiwan termasuklah spesis yang berasal dari benua itu. Para saintis bimbang bahawa kebakaran hutan akan menghapuskan keseluruhan spesis dan mengubah ekosistem secara kekal.
Menurut Universiti Sydney, kira-kira 34 spesis mamalia Australia asli telah pupus dalam tempoh 200 tahun lalu di seluruh dunia.
Sumber: NEWS