Seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam satu kejadian melibatkan sebuah kereta yang terbabas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) petang tadi.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, kejadian memilukan pada 2 Ramadan itu berlaku di Kilometer 98.3 LPT menghala ke Kuantan.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba Karak bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang terbabas di sisi lebuhraya.
“Akibat daripada insiden terbabit seorang kanak-kanak lelaki telah disahkan maut di tempat kejadian oleh (pihak) Kementerian Kesihatan (KKM).
“Manakala dua orang kanak-kanak lagi dan seorang lelaki dewasa yang cedera berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang diketuai PBK II Zaiful Zakaria,” maklum laporan tersebut sebentar tadi.
Bagaimanapun punca sebenar kemalangan belum dinyatakan lagi setakat ini.
Bomba Pahang melaporkan laporan ringkas sedemikian menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi sebentar tadi.
Gambar: FB Bomba & Penyelamat Pahang
Gambar: FB Bomba & Penyelamat Pahang
Gambar: FB Bomba & Penyelamat PahangSumber: Facebook Bomba dan Penyelamat Pahang