
Seorang operator jentolak dilaporkan telah tertimbus bersama jenteranya selepas dihempap batu besar dalam satu insiden di Bau, Sarawak.
Menurut laporan Bernama TV, kejadian tersebut berlaku dalam satu tragedi kuari roboh di Kampung Tanjung Durian Siniawan.
Memetik laporan Utusan Borneo, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar 3.18 petang tadi.
Katanya, maklumat awal daripada pemanggil mengatakan kuari berkenaan roboh lalu menimbus pemandu beserta jengkaut yang dikendalikannya.
Setakat ini, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Utusan Borneo, Bernama TV