Makassar, CNN Indonesia – Sejumlah pelajar merosakkan sebuah sekolah menengah (SMA) di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, hari ini. Serangan itu berlaku ketika sekolah itu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bertepatan dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan.
Kumpulan pelajar ini menyerang sekolah berkenaan menggunakan senjata tajam seperti parang, panah dan batu selainmenyerang pos keselamatan sekolah sehingga rosak.
Seorang pengawal keselamatan sekolah, Jenius, 64, berkata, kumpulan pelajar itu yang menunggang motosikal tiba-tiba memasuki kawasan sekolah dan menjerit seperti mencari seseorang.
Ketika mendengar bunyi motorsikal, Jenius sangat terkejut sehingga tidak dapat berbuat apa-apa ketika serangan itu berlaku. Kumpulan pelajar itu dikatakan membawa senjata tajam agar mereka bebas memasuki kawasan sekolah dan merosakkan tingkap bilik belajar.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polrestabes Makassar, AKP Lando KS berkata, kejadian berlaku ketika semua pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah berkenaan. Ekoran kejadian ini, para pelajar dan guru terkejut dan takut.
Lebih teruk, kata Lando, seorang guru diugut dengan parang oleh salah seorang pelaku. Pelaku bebas memasuki kawasan sekolah, memecahkan kaca dan menjatuhkan motosikal yang diletakkan.
Lando berkata, dia tidak mengetahui secara pasti motif serangan ke atas sekolah berkenaan. Polis masih menyiasat dan mendapatkan sejumlah bukti berupa anak panah dan pisau yang didakwa milik pelaku.
Sumber: CNN Indonesia