Hari ini, dunia digemparkan dengan laporan mengenai sebuah keretapi di Pakistan yang terbakar dipercayai berpunca daripada gas dapur di dalam kereta api itu yang tiba-tiba meletup sehingga mengakibatkan kebakaran.
Menurut Ketua Perkhidmatan Daerah Punjab, Rahim Yar Khan, kebakaran tersebut memusnahkan tiga gerabak dan sebahagian yang terbunuh dalam insiden itu adalah mereka yang cuba melompat keluar dari keretapi. Tragedi keretapi terbakar itu dilaporkan telah mengorbankan banyak nyawa penumpang yang sedang dalam perjalanan menuju ke ibu kota Islamabad, kira-kira 800 kilometer dari Rahim Yar Khan.
Angka kematian bagi tragedi ini telah meningkat kepada 70 orang dan dilaporkan 30 orang mengalami kecederaan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Nadeem Zia, Perubatan Hospital Ibu Pejabat Daerah di Liaquatpur, sebuah bandar di daerah Rahim Yar Khan.
Sumber: CNN